Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, April 17, 2014

Ipoh III - Taman Rekreasi Gunung Lang


Aku tahu pasal Gunung Lang ni dah lama..
Pasalnya kawan aku pernah kena tangkap basah kat sini..
Tangkap basah semberono :))

Banyak kali aku ajak family aku pergi..
Tapi.. mak aku ni agak fobia bila ajak naik2 bot ni..
Maka terkubur laa begitu sahaja..


Baru-baru ni pergi Ipoh..
Kami singgah..
Igt nak jengah je..
Tak plan pun nak naik bot..

Tapi.. bebudak ni bila nampak bot..
2-2 dah bising nak naik jugak..


Ni harga tambang bot dan tiket ke Taman sebelah sanun..
Murah je..
Lagi pun takde laa jauh sangat..
Rasanya tak smpi 100 meter pun naik bot..


Dalam tasik ni banyak ikan dan kura-kura..
Boleh beli makanan dan bagi makan..

Pastu banyak pengantin wat shooting..
Hari yang kami pergi tu..
Lebih 5 pasangan pengantin tangkap gambar kat sini..
Yelah.. tempat ni cantik..
Hijau hutan.. hijau gunung..



Ada gak monyet liar..
Tapi takde laa mengganggu hape..
Maybe depa dah biasa dengan pelawat..
Hasya tu jadi camtu..
Sebab ada monyet nak kawan dengan dia :)



Feeling la dua beranak ni..
Tapi rumah ni mmg cantik..
Cumanya dalamnya kosong je..
Tempat orang nak camping kot..



Lagi kat sini ada kandang binatang..
Ada burung unta tua.. bulu pun dah takde..
Busuk pulak tu..

Pastu ada 2-3 sangkar lagi..
Tak tau apa binatang dalam tu..



Masa naik bot nak balik..
Bot tu parking terlalu ke belakang..
Aku pulak duduk hujung sekali..

Bila bot dah ready nak berlepas..
Kemain lagi dia press minyak..
Tapi bot tak lepas-lepas..

"AKAK.. ABANG.. BOLEH TAK DATANG DEPAN DULU.. BOT SANGKUT"

Dan seperti dijangka..
Anak bujang aku pun mengeluarkan suara..

"NI MAMI LA NIH.. BERAT!!"

Nasib baik ramai orang..
Kalau tak.. mmg ada handbag MK Land menghempuk anak sndr!!
.
.
.

1 comment:

MyCherita said...

Salam ukwah..salam perkenalan.. 1st Blogwalking time sampai sini.. salam dari MyCherita..lama tak singgah gunung lang walaupun setiap bulan lalu kat situ...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...