Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, April 15, 2014

Ipoh II - Pasar Karat Loken, Jalan Horley

Oleh kerana hotel tak menyediakan sarapan..
Maka pagi Ahad tu kami sarapan kat luar..
Terus tersinggah Pasar Loken ni..

Pasar Karat ni lebih kurang sama macam kat Shah Alam tu..
Tapi ni betul2 barang2 karat.. antik.. preloved..
Cam kat Shah Alam tu.. lebih banyak peniaga barang2 lain..
Dari barang2 terpakai..


Ada vcd / cd lama-lama..
Buku-buku.. Kasut lama.. Duit lama.. Setem..
Barang2 antik.. barang tembaga..
Mainan-mainan old skool..

Ada satu gerai ni jual seterika arang.. banyak pulak tu..
Cantik pulak bila dia dah susun..

Aku pi sini mmg takde arah tujuan nak beli apa..
Saja nak tengok-tengok..


Pendek kata..
Cam semua barang yang tak nak dipakai lagi..
Tapi masih boleh digunakan..
Ada jual kat sini..

Aku ada terjumpa walkman Aiwa yg sebijik cam aku punya..
Aku beli tu tahun 1995.. tapi pastu hilang kat hostel..

Masa jalan-jalan tu..
Aku dok terbayang pinggan mangkuk klasik mak aku..
Yang bertimbun2 dalam almari..
Agak-agak.. dia nak tak jual :))


Barang letrik pun banyak..
Boleh tawar sampai dapat harga yang korang suka..
Memula aku berkenan kipas dinding..
Nak bubuh kat bilik game Khaleef..
Tapi mati-mati seller tu nak RM80.00
Poodah laa sangatkan..
Sebabnya 3-4 bulan lepas..
Aku beli kipas dinding jenama Panasonic lagi..
Tak sampai RM100 pun..


Hotwheel tu bukan limited edition pun..
Tapi mahal harganya..
RM15.00 satu..
Kat Tesco.. baru RM6.90 satu..


Alat ganti banyak laa kat sini..
Ada untuk komputer.. speaker.. blender.. rim..
Set karaoke pun ada untuk dijual..
Siap ada tukang nyanyi sekali..


Dah menyangkung ni..
Maknanya nak ler tu..
Tapi aku tak belikan..
Jangan nak mengarut..
Mainan kat rumah sendiri pun dah sendat padat..
Nak menambah pulak lagi..

MIJ pulak cakap...
Jom kita jual mainan budak-budak ni nak?
Boleh juga buat modal beli mainan lain..

Betul jugakan?!!

Mainan depa ni..
Yang zaman aku gila-gila pi Mattel Warehouse sale tu pun..
Melambak tak bukak lagi..
Khaleef pun dah hilang keterujaan nak main atas faktor umur..



Ni aku suka tengok..
Free gift dari produk Nestle..
Tapi.. harganya mahal..
Yelah.. collectible item..


Piring hitam Ahmad Jais..
Masa aku lalu ni..
Depa tengah main lagi GELISAH..
Perrrgghhh nostalgia betul..
Lagi kesukaan arwah abah aku time karaoke..


Ni bukan untuk dijual..
Hasya berkenan sangat dengan motor ni..
Dia sendiri suruh aku snap gambar dia..

Papa dia beli gam kuat..
Gam yang macam air tu..
2 botol = Rm10.00..

Masuk kereta dia tunjuk kat aku..

Bie.. awak kena pembuhung jelah..
Gam ni kat kedai RM2 RIA..
5 tiub tau dua ringgit :))
.
.
.

1 comment:

Joenna Julian said...

Hello. Come and support my blog about weight loss and fitness. Thank you.
http://fitnessgangster.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...