Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, June 4, 2012

Love Rain


Yang ditunggu-tunggu oleh peminat Jang Geun Suk..
Ni akak dah kuarkan drama yang korang dok tanya-tanya..
Love Rain :)

Drama ni secara amnya..
Kisah cinta 2 zaman..
Satu zaman 70-an..
Satu lagi zaman la ni..

Ini bukan cam Operation Proposal yang berbalik-balik tu..
Ni memang cerita 2 zaman..


Ni yang zaman 70-an..
Hero nama In-Ha, seorang student art..
Sangat famous kat kolej sbb dia hensem...
Pastu selalu wat free gig kat kolej..
Kawan baik dia seorang student medic dan sorang lagi student law..

Satu hari In-Ha ni terserempak dengan heroin, Yoon Hee..
3 saat je masa diambil untuk jatuh hati pada Yoon Hee..
Satu hari, Yoon Hee ni terjatuhkan diari dia..
In Ha jumpa dan baca..
Dari situ dia tau laa kisah hidup Yoon Hee ni..


Sejak tu dia mula melukis potret Yoon Hee..
Kira ni minat sama minat..
Tapi senyap2 sendiri..

Sampai laa.. tiba2 kawan baik hero yg student medic tu..
Bagitau yang dia pun suka Yoon Hee..
Dan akan melamar Yoon Hee jadi awek dia..

Itu laaa masalah kalau lembab nikan..
Kan dah melepas dapat ke orang lain..


Pastu muncul laa zaman 2012 ni..
Muncul pulak hero Seo Joon (anak hero lama In-Ha)
Dengan Ha Na (anak heroin lama Yoon Hee)
Tak payah susah nak teka laa sapa anak sapa..
Dah muka sebijik sejibon cam mak pak dia dulu :)

Depa ni terserempak di Hokaido, Jepun..
Seo Joon yg playboy buat photoshoot kat sana..
Ha Na pulak student dekat Hokaido..
Depa jumpa sebab handphone Ha Na termasuk dalam poket Seo Joon


Untuk yang zaman kini..
Heroin ni berbeza dengan karekter mak dia dulu..
Kalau mak dia zaman 70-an dulu tu..
Sembab.. pemalu.. tak banyak cakap..
Ha Na ni pulak energetik dan ceria..

Kali  ni.. Seo Joon dan Ha Na ni pulak bercinta..

Masalah muncul apabila mak pak depa ni jumpa balik..
Dulukan cinta depa tak kesampaian..
Nak bercinta balik..
Anak-anak depa lak dah bercinta..

Anak-anak pun serba salah..

So, pada akhirnya..
Sapa yang bercinta, berkahwin dan hidup bersama?
Adakah hero dan heroin 70-an?
Atau hero dan heroin 2012?

Cer tengok sendiri :)
.
.
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...