Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, May 29, 2012

The King 2 Hearts


Drama best jugak ni...
Berpinau bijik mata nak tengok banyak sangat drama..

Secara amnya..
Drama ni mengisahkan Putera Raja dari South Korea..
Yang jatuh cinta dengan North Korean special agent..

Korea Selatan dengan Korea Utara ni..
Seperti yang satu dunia maklum..
Memang bermusuhan..


Hero kegemaran ramai.. Lee Sung Ki..
Dalam drama ni dialah putera raja, Prince Jae-Ha..
Dia ni materialistik.. play boy.. pastu tak ambik kisah pasal hal negara..
Dan tak ambik peduli pun pasal takhta yg bakal diwarisinya..

Perangai dia yang hape aku pedulik ni laa buat drama ni best :)

Maka, King Lee Jae-Kang (abang hero)
Telah enroll dia ke dalam military..
Lepas keluar tentera dengan pangkat prebet..
Dia suka dah.. dapat hidup bebas balik..

Lepas tu..
Korea Selatan dan Korea Utara akan bergabung untuk ambil bahagian dalam WOC iatu World Officer Contest..
Tup-tup terpilih pulak untuk sertai WOC..

Kat dalam kem tu laa dia jumpa heroin..
Heroin ni wakil dari Korea Utara..



Heroin kesayangan aku berlakon drama ni :)
Rambut dia dah panjang banding dengan Secret Garden..

Dalam drama ni nama dia Captain Kim Hang-aH..
Dia ni anak pegawai tertinggi tentera di Korea Utara..
Dan juga special agent terbaik di negara dia..

Oleh kerana kerjaya lasak, dia susah nak dapat jodoh...
Kemudian dia diminta lapor diri untuk join WOC..
Mula-mula dia takmo.. sebab fikirkan nanti smpi bila2 dia tak kahwin..
Kemudian, seorang pegawai atasan tentera bagi offer kat dia..
Kalau dia join WOC, pegawai tersebut akan carikan jodoh untuk dia..


Masa training utk WOC..
Wakil Korea Selatan mesti sebilik dengan wakil Korea Utara..
Maka depa ni dapatlah sebilik...

Mula-mula memang susah nak sesuaikan diri..
Sorang serius.. sorang lagi banyak main-main..
Tapi, tak ambik masa lama pun..
Utk hero jatuh cinta pada heroin..

Tak banyak rintangan ke hape..
2-2 keluarga setuju untuk depa dikahwinkan..
Atas nama mengeratkan hubungan 2 negara..

\

Drama ni menjadi serius..
Apabila King Jae Kang dan isternya dibunuh secara kejam..
Pembunuhnya adalah Club M..
Yang diketuai oleh Kim Bong Gu..
Seorang ahli silap mata yang mahu pemerintahan beraja dihapuskan..
Dan dia akan memerintah negara..

Maka, Jae Ha pun naik takhta..
Banyak laa tanggungjawab yang terpaksa dia pikul..
Selain daripada mencari org yg bertanggungjawab atas pembunuhan raja..
Dia juga perlu menyelamatkan negara..


Yang tak bestnya..
Dia tuduh heroin lak terbabit sama membunuh raja..
Bermula laaa cam kisah sedih dan berat sket..
Nak pulak heroin ada keguguran..
Macam2 cercaan dan rintangan yg depa kena hadapi..

Apapun.. drama2 ni mesti happy ending punya :)

Kalau nak.. meh la order ;)
.
.
.

1 comment:

AIN NAZRI said...

dah order dah.. tggu sampai ajerk.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...