Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, May 28, 2012

I Need Romance


Drama ni dah lama sangat aku donlod..
Masa mula2 TVN muncul..
Tapi, aku under estimated drama ni..
Sebab aku igt lebih kurang cam Still Who Want To Marry...
So, berkepam laa drama ni dalam external..

Sampai laa..
Satu akak regular customer request aku process drama ni..
So, sambil process aku pun tengok la drama ni..

BEST GILER!!!!!!

Drama ni lawak dari episod satu.. smpi laa episod 16 ;)

Namun begitu.. drama ni kalau kat M'sia..
Kena buh 18SX :)


Ni watak utama In Yeoung.. Umur 33 tahun (sebaya i hokay)
Dia keje sebagai manager kat sebuah hotel..
Ada boyfriend yang tinggal serumah dengan dia..
Dan depa dah couple 10 tahun..

Dia tertunggu-tunggu, bila laa BF dia nak propose..
Nak2 pulak kawan baik dia bakal berkahwin..
Sedangkan depa hanya couple baru 3 tahun..

 

Ini hero..
Dia kerja sebagai pengarah filem..
Boyfriend kepada In Yeoung...
Dia ni sebenarnya sayang sangat dekat In Yeoung..
Tapi ntah camne, dia tidur dengan pelakon utama filem yang diarahkannya..
Pastu kantoi pulak dengan In Yeoung..

In Yeoung terus minta putus dengan mamat ni..

Mamat ni lak..
Watak dia kadang2 wat kita kesian..
Kadang2 wat kita geram giler..


Macam dia tak kisah putus dengan In Yeoung..
Tapi, bila In Yeoung couple dengan orang lain..
Dia cemburu gila-gila pulak..

Hat ni 2nd hero..
Asalnya dia ni keje satu pejabat dengan In Yeoung..
Kira cam junior In Yeoung ler..

Bila In Yeoung putus dengan Sung Soo..
Dia terus couple pulak dengan mamat ni.
2nd hero ni muda 5 tahun dari heroin..

Sampai laa tiba2..
Rupa-rupanya 2nd hero ni adalah cucu pemilik hotel tempat dia bekerja..
Sejak dapat tau tu.. In Yeoung cam serba tak kena dengan 2nd hero ni..

Dia sayang 2nd hero ni..
Tapi dalam hati dia..
Rasakan yang dia dan hero adalah dari dunia yang berbeza..

Keluarga 2nd hero tak kisah dan setuju utk depa kahwin..
Kiranya takde laa masalah halangan keluarga ke hape..
Cuma nenek hero minta In Yeoung berhijrah ke US..
Kemudian tukar nama.. dan tukar kerakyatan..
Adalah sikit isu pasal 2nd hero ni..
Sebab dia putuskan pertunangan dia utk bersama In Yeoung..

Akak jatuh cinta hokay dengan 2nd hero ni...
Dia sweet sangat.. romantik...
Penuh thrill dalam bercinta..
Cara dia pegang tangan heroin pun dah cukup buat akak teruja :)

 

Ini kawan baik In Yeoung...
Seorang peguam..
Dia ni pun lawak jugak..
Masih virgin di kala umur 33 tahun..
Sibuk nak cari org yang sesuai untuk pecahkan dara dia tu..

Hampir berkahwin.. tapi ditinggalkan pada hari perkahwinan..
Untuk elakkan malu..
Dia upah seorang "call man" utk jadi pengantin lelaki..


Lepas pada tu dia selalu la pulak mempergunakan lelaki tu..
Dan.. lelaki tu ler insan terpilih :))

  

Yang ni pulak.. kawan In Yeoung yang mengamalkan cara hidup bebas..
Dia tak percaya cinta.. dan sentiasa bertukar-tukar pasangan..
Sampai la satu hari dia berjumpa dengan org yang dia betul-betul suka..

Maka,

Dengan siapakah In Yeoung akhirnya?
Adakah kawan-kawan dia bertemu jodoh masing-masing?

Kim Sung Soo atau Bae Sung Hyun?

AKAK PUN KELIRU TAU..
2-2 NAK !!!!

Rugi tak tengok citer ni tau!!!
.
.
.

2 comments:

Cik Ieja said...

akak..kalu saya nak order camne???1st tyme nak order..bayaran berapa??

I want to lose weight said...

emel spiderx_woman79@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...