Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Wednesday, September 21, 2011

Kumpulan Manusia Mahu Kurus - Atkins Diet

Untuk perkembangan KMMK..
Lanjutan dari PD50H dan PDR..
Skang ada contest baru yg akan bermula bulan depan..
Bukan Kak Zel yang anjurkan..
Tapi member2 dalam KMMK..

Tengok logo atas dah tau ler kan contest apa..
Term & Condition belum tau lagi camne..
Skang tengah kumpul peserta..
Dari pendaftaran dah ada lebih kurang 10 orang..
Pendaftaran masih dibuka :)

Sedikit pengenalan mengenai Atkins Diet...

Atkins Diet - corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins
bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui
konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat
seperti nasi, mi, kentang dan gula
badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi.
Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama
Perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi
jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.

4 peringkatnya ialah:
  1. Induction (permulaan dan pengenalan) - 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal…

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


KARBOHIDRAT TAK BOLEH LEBIH 20g sehari !!!!
.
.
.

sumber : http://taknakgemuk.com

3 comments:

oshin-jamel said...

perghhh!!!!!mmg sakitla kan klu nk mule2 start klu dah bese mkn nasi..huhuhuh~~~~tp nk mencube..heheheh!

Mimy Hamid said...

oh atkins diet...pernah try tak berjaya la kak zel...tp ken akutkan diri jugak ..lepas bersalin la yer...mau kurus

Elmaliana Albahari said...

Hi, how's ur life today.. nak tau berjaya x ikut Atkins diet ni? Sy pon nk try, rsnya yg paling penting Ken a disiplin kan? Susan betul nk tinggalkan krbohidrat, bercinta btl.... apapun sy pon hrp dot turunkan be rat bdn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...