Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, July 3, 2011

Lie To Me

Untuk peminat Yoon Eun Hye (Goong, Coffee Prince)..
Lie To Me.. skang tengah main kat 393..
Yang takde astro byond.. dan takde masa nak hadap TV..
Hehehe.. sila-sila :)

Genre kegemaran ramai.. romantic comedy..

Gong Ah Jung (GAJ) heroin..
Dia ni ok je sebenarnya.. cuma kadang2 bernasib malang..
Keje sebagai pegawai kerajaan..
Dan ditinggalkan kekasih yg berkahwin dengan kawan baik dia..

Ntah camne..
Di satu hari yang tenang..
Tetiba dia berbohong mengatakan dia dah kahwin..
Pastu bgtau kat org dia kahwin dengan Hero (org terkenal di Korea)

Pembohongan ni yang jadikan drama ni best :)

Hero pulak, Hyun Ki Joon (HKJ)..
Berasal dari keluarga atasan.. memiliki hotel..
Of Course hensem kacak bergaya..

Kehilangan ibu bapa kerana eksiden..
So, adik tunggalnya.. dia laa yang jaga...

Ikutkan adik dia ni yg jumpa heroin..
Dan menjadikan hero bertemu heroin :)

Masa abang dia cari dia kat kelab..
Bertembung dengan heroin yang mabuk teruk..
Dia igtkan kawan adik dia..
So, dia bawak balik umah heroin yg dah pengsan tu..




Orang jahat dalam citer ni..
Ex-tunang hero dan kawan heroin yg kahwin dengan pakwe heroin..

Ikutkan kawan dia laa yang bawak mulut kata GAJ dan kahwin dengan HKJ..

Hero lak.. dalam proses mencari-cari jodoh...
Dia dikejutkan dengan berita yg dia dah kahwin dengan GAJ..
Hehehe.. terkujat laa member..
Dalam drama ni kadang2 dia layan je..
Kadang2 tak ngaku pulak..

Gitu gini gitu gini..
Cam biasa laa.. lama-lama cintan laa pulak..
Apa-apa pun..
Drama kalau ada YEH jadi heroin..
Memang best!!

Aku suka lak drama-drama Korea ni lately..
Banyak guna hero-hero yang sangat jantan..
Dah kurang guna hero2 jambu..
Sesuai laa dengan jiwa 30-an aku ni :)
.
.
.

5 comments:

ratusiput said...

peram utk aku 1 zel... :)

TiNie said...

kak zel..citer ni stat pkul brapa n stiap hari apa?? slalu terlupa ada channel 393 kat rumah..hehehe

I want to lose weight said...

tak tau.. sebab akak takde 393 ;)

Min Aina Ila Aina said...
This comment has been removed by a blog administrator.
I want to lose weight said...

MIn.. jangan order kat sini.. bahaya.. emel akak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...